Gudang Lagu
(by: e-ketawa)

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."





Article Directory: http://www.sumbercerita.com


Cerita-cerita Lainnya dari Kategori - HOME --> Cerita Humor --> Melayu Jenaka
TitleAuthorViews
Istri Berlaku Curang e-ketawa 2,529
Kisah Malam Pertama Edwin Ariawan 1,239
Suami Minum Viagra e-ketawa 1,216
Tengokkan Kalau Sampai Ipoh e-ketawa 1,138
Tragedi Mimpi Pulang ke Kampung e-ketawa 1,134
Kisah Mat Punk e-ketawa 1,125
Kawan Sejati e-ketawa 1,056
Kisah Razak Membeli Ayam Panggang e-ketawa 1,043
Sayangkan Isteri e-ketawa 1,006
Koboi dan Pari-Pari e-ketawa 1,006
Pemadam Api Seperti Bom Tangan e-ketawa 984
Mary Sue di Hotel Mewah e-ketawa 966
Papa dan Mama di Bilik e-ketawa 951
Membuka Kedai Pertama Malu Sendiri e-ketawa 927
Malu Sesangat Kerana Terbersalin e-ketawa 925

 

atom feed entries rss feed entries Valid XHTML 1.0 Transitional
Copyright © 2008 sumbercerita.com - Kumpulan Cerita Terpopuler
Dengan beraktivitas di website kami berarti anda setuju dengan Kebijaksanaan Privasi serta Syarat Persetujuan
eXTReMe Tracker