|
|
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai
sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak
dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan
perkahwinan mereka secara serentak....... Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu
bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat
dilangsungkan.... Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke
tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang
pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak
membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka
hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin
disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan
tersebut........... Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si
ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat
ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba
menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan
"Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka
fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan..... Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak
mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard
Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard
Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka
tersenyumlah kedua orang tua tersebut.... Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak
ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima
sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir
dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis
perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka
mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun
setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di
surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari
seminggu..."
| Title | Author | Views |
| Istri Berlaku Curang |
e-ketawa |
2,529 |
| Kisah Malam Pertama |
Edwin Ariawan |
1,239 |
| Suami Minum Viagra |
e-ketawa |
1,216 |
| Tengokkan Kalau Sampai Ipoh |
e-ketawa |
1,138 |
| Tragedi Mimpi Pulang ke Kampung |
e-ketawa |
1,134 |
| Kisah Mat Punk |
e-ketawa |
1,125 |
| Kawan Sejati |
e-ketawa |
1,056 |
| Kisah Razak Membeli Ayam Panggang |
e-ketawa |
1,043 |
| Sayangkan Isteri |
e-ketawa |
1,006 |
| Koboi dan Pari-Pari |
e-ketawa |
1,005 |
| Pemadam Api Seperti Bom Tangan |
e-ketawa |
984 |
| Mary Sue di Hotel Mewah |
e-ketawa |
966 |
| Papa dan Mama di Bilik |
e-ketawa |
950 |
| Membuka Kedai Pertama Malu Sendiri |
e-ketawa |
927 |
| Malu Sesangat Kerana Terbersalin |
e-ketawa |
925 |
|
|
|
|
|
|
|