Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun
malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan
bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier
keluar. Psychologist tu pun cakap ler,
"Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab,
"Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik...
tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam
longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus
meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,
uhwaaa..!!!"