Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan
seks yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk
memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya
pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran
doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si
suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang
sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"