|
|
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada
pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau
sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi
ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu
diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian
kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah
keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti
dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur
nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua
orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh..
tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang
pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju
menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak
dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun
membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh
penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya
pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
|